Saturday, February 20, 2010

KLCC dan setinggan

Okey bapak2,topik kite kali ni nampak simple...~ tetapi besar maknanya.

semua orang mempunyai pendapat tersendiri, mempunyai idea tersendiri serta keputusan tersendiri.. disebabkan oleh faktor tersebut yang menjadikan setiap ciptaan berbeza beza penghasilannya.
pernah suatu hari saya berpandangan jelik tentang seorang insan, maka kawan saya telah menegur saya bahawa setiap manusia berbeza beza, kerana itulah bangunan KLCC dan setinggan tidak sama. maksudnya, terjadi kepelbagaian bentuk dan ciptaan adalah berdasarkan pandangan, corak pemikiran dan juga perhitungan atas risiko dan kesan terhadap sesuatu.ini yang kita gelar unik, HEBAT BUKAN?? untuk renungan bersama, pendapat seseorang kebiasaannya akan menentukan keputusan seseorang, keputusan seseorang merangsang kepada hasil capaiannya juga. betul yang semua perkara memang berbeza tetapi keputusan yang bagaimana menjadikan suatu penghasilan yang terbaik? , memberi impak yang berkesan? jika di beri pilihan tentang memlilih makanan, pasti mahu yang tersedap, isteri?? yang comel dan tercantik, rumah??, mahukan yang selesa dan besar. tetapi sehingga ke hari ini tidak dapat di capai hanya di sebabkan pendapat yang berbeza tanpa panduan.

Oleh yang demikian, kita sedia maklum bahawa, untuk mencapai apa yang kita idamkan, naluri amat penting.. tetapi panduan jauh lebih penting. kita sedia maklum, bahawa, hanya sedikit sahaja bilangan manusia yang berjaya, kaya, jutawan.. kerana apa agaknya? hurm.. pastinya mereka mempunyai pendapat , mereka menilai sesebuah keputusan mengikut landas yang betul kerana untuk mencapai impian besar' terdapat harga yang sangat setimpal, tapi permulaan adalah melalui pandangan.

panduan amatlah penting, kerana walaupun anda mempunyai pendapat yang tersendiri dan berbeza, haruslah mengikut kesesuaian dan logik dan pendapat yang dihasilkan dari bukti orang orang berjaya.