Saturday, April 17, 2010

nilai "BERTAHAN"

Ramai antara kita yang mahukan terlalu cepat, hari ini tanam esok nk siap tuai , siap petik.. HASIL secepat yang mungkin. hurm... tidak sabar sabar, disebabkan itu, ramai rakyat melayu hanya berjaya BERKATA KATA sahaja, tetapi tidak BERJAYA dalam ertikata sebenar.
oleh itu, apa yang perlu adalah bertahan dan melalui proses. untuk berjaya dalam perniagaan memerlukan sekurang kurangnya tempoh 5 tahun minima untuk anda dinilai sebagai usahawan yang sejati. SANGGUP ATAU TIDAK!!! ada yang kata sanggup, tapi terbit di mulut, tidak dihati. ada juga yang sanggup memulakan, tapi tidak bertahan sehingga keakhirnya. yang paling pelik, bekerja di jabatan kerajaan melebihi 10 tahun dan merungut setiap hari dengan kesusahan yang ada, tapi tidak sanggup untuk serius, bertahan dalam perniagaan yang hanya memerlukan 5 tahun sahaja.

Sunday, March 21, 2010

MENCARI MATLAMAT

"MATLAMAT itu penting" kata seorang usahawan kepada rakannya abu. Dengan hanya mendiamkan diri, abu cuba sebaik mungkin untuk memahami apakah maksud yang ingin disampaikan oleh usahawan tersebut. bukannya apa, niat murni untuk menjaga hati seorang rakan, rakan lama yang telah 5 tahun terpisah, rakan yang dahulunya tidak mungkin untuk berkata tentang perkara yang dianggap tidak masuk akal, perkara yang tidak mungkin akan berlaku..Masakan tidak, xkan pernah terlintas apatah lagi untuk menyinggah di ingatan  tentang perubahan untuk mencapai sesuatu. mencapai suatu perkara yg dianggap mustahil bagi jangkauan manusia bernama ABU. terlalu jauh bagi abu, SEBAB!! ABU tidak pernah berdamping dengan manusia berimpian besar,ABU tidak pernah teringin untuk keluar dari keadaan mentaliti orang biasa."aku bukan dilahirkan dalam golongan saudagar,apa yang aku mampu samaada melakukan kerja kebun dikampung atau yang lebih baik sedikit ialah "MEMILIH UNTUK MENDAPAT PENCEN DARI SESEBUAH BADANKERAJAAN".. jawapan untuk abu adalah, ABU tidak kenal apa yang dimahukannya. tidak kenal apa matlamatnya.



cuba kita fikirkan bersama, kalau anda diberi peluang, mesti peluang yang terbaik betul? jika mahukan hidangan makanan, tentu memilih yang paling enak, isteri?? pastilah yang paling ayu dan membuat semua rakan cemburu. hurm.. tetapi, MATLAMAT hanya tinggal impian. MATLAMAT yang bermula dengan episod hari pertama sehingga menjelang ke-10 tahun yang berikutnya.
JADI!! ubahlah supaya matlamat lebih kuat, kerana matlamat yang hebat akan disusuli dengan tindakan hebat selanjutnya..
bagaimana mencari matlamat??, mudah sahaja. anda mestilah belajar menjadi mad jenin.. tetapi awas, bukan mad jenin biasa seperti yang diklasikkan bertahun lamanya, anda perlu menjadi mad jenin MODEN. mad jenin yang tahu apa yang diingininya.

TIPS mudah---
hari pertama- hari ini anda berangan tahap satu,biarkan matlamat berlalu sahaja,walau cuma terlintas tidak melebihi 5 saat.. ITU SUDAH CUKUP MEMADAI.

hari kedua- BESOK!! berangan tahap dua, memastikan sebuah bayangan tentang matlamat anda, bmw 5series atau 3series, banglo 2 tingkat atau banglo satu tingkat.. perlu pastikan HANYA 1!!

hari ketiga- lusa, pasti lebih kuat.. MENCARI kelebihan matlamat anda, "5 series labih laju kerana engin 2.5l compare saga BLM yang x sampai 2liter pun, pemanduan lebih kemas dan stabil walaupun mencecah 180km/j"

hari keempat- berangan dengan mempertontonkan gaya hebat tentang matlamat anda, pastikan GAYA ANDA !!, duduk di atas sofa dengan gaya tangan seolah olah memutar stereng diiringi senyuman seribu  kepuasan.*lakukan sebelum tidur dan sepuluh minit selepas bangun pagi.

hari kelima- pikirkan apa yang anda akan sumbangkan tanda penghargaan setelah memiliki matlamat tersebut. mahu membawa kedua ibu bapa mengelingi kuala lumpur dengan 5 series anda? melaksanakan kenduri doa selamat 3 hari berturut2 di halaman BANGLO 2 tingkat anda?

pastikan tips ini dilakukan, insyallah.. susulan tindakan seorang usahawan akan MENJADI KENYATAAN.

Wednesday, February 24, 2010

Gigih untuk Keluar dari zon SELESA

Nukilan untuk Tai'CooN
 
1) Masyarakat kelas pertengahan di M'sia (Pendapatan antara RM 2500 hingga RM 5500) kebanyakannya berpendapat bahawa jalan terbaik untuk berdepan dgn suasana ekonomi yg tak menentu ialah dgn mengurangkan belanja. Mereka akan bersusah payah cuba utk hidup dalam keadaan sangat sederhana, bermula dgn memotong mana-mana perbelanjaan yg dianggap berlebihan seperti peruntukan bersosial di hujung minggu bersama anak-anak, membawa bekalan makanan yg dimasak dari rumah ke pejabat, malah ada yg sanggup memberhentikan bayaran ansuran bulanan insuran mereka.
 
2) Masyarakat ini berpendapat, bahawa dengan hidup serba sederhana (hakikatnya mereka telah menyiksa diri sendiri) mereka akan mampu menangani gelombang inflasi yg sedang marak melanda M'sia. Untuk kekal berstatus 'Pekerja Permanent', agar dipandang sebagai 'hero' di kalangan keluarga, mereka lebih rela duduk di bawah organisasi yg tak pernah adil terhadap sumbangan golongan ini tadi. Kebanyakan dari org kita, majoritinya masih ramai yg terdiri dalam kelompok ini.
 
3) Tanggungjawab kita pada hari ini adalah, memberi maklumat yg tepat tentang keadaan kewangan semasa, perbelanjaan yg tertib, serta usaha yg bijak untuk mencari pendapatan tambahan bagi membimbing diri sendiri untuk keluar dari kepompong hidup selesa dan rutin. Diri kita hendaklah dilengkapi dgn maklumat yg cukup tentang persekitaran kewangan yg nyata di luar sana, hakikat tentang kadar inflasi yg menyusutkan nilai wang kita. Setelah kita faham dgn keadaan sebenar, kita akan terdorong untuk mencari jalan alternatif dalam menambah pendapatan fiskal kita.
 
4) usaha ini perlulah berterusan, mencari jalan terbaik untuk menambah pendapatan fiskal kita. Bagaimana ini boleh berlaku sekiranya kita masih bekerja 'makan gaji'? Jawapannya, kita perlu bersedia untuk menerima dan membuka minda kita terhadap apa-apa jua bentuk perniagaan yg memberi pulangan yg realistik dan profit margin yg sangat tinggi. Keterbukaan terhadap pelbagai bentuk perniagaan adalah sangat penting, dan disini ia memerlukan kegigihan luar biasa utk mengubah minda pekerja kepada minda jutawan.
 
Sekian. Kita jumpa lagi insya Allah
 
Nizar
 

Sunday, February 21, 2010

MATLMAT DAN RISIKO

siapa yang suka risiko?, semua orang kalau diberi pilihan akan menolak risiko, menghindar sebarang risiko.
tetapi, risiko kadangkala menjadikan sebahagian orang lebih kuat, matang dan sangat sangat hebat apabila ianya selari untuk mencapai apa yang anda hajatkan.Ini yang kita sebutkan sebagai matlamat.. betul! biar saya jelaskan, seorang nelayan yang turun ke-laut pasti berhadapan dengan seribu jenis risiko, berkemungkinan lemas di lambung ombak, menjadi santapan ngeri para pemangsa lautan ataupun berpotensi menjadi habuan rompakan kepada lanun yang bermaharajalela tanpa sebarang belas? tiada siapa yang tahu. tetapi, bagaimana impian keluarga di rumah, kerana impin mereka perlu dilunas?mulut mulut ini perlu diberi suap? disebabkan itu, para nelayan akan terus berazam hebat, biar apa yang berlaku, seluruh kuderatnya sedang dituntut, dipulas.. apa yang dapat dilihat adalah menjadikan usaha ke arah impian lebih jelas dan diperlukan berbanding hanya memikir tentang risiko yang tidak membawa kita kemana mana.
"ramai antara kita yang sentiasa mengeluh tentang taraf kewangan mereka, membenci para majikan kerana status BOS yang dianggap tidak masuk akal .. manusia ini dituntut untuk mengubah nasib melalui ruang pintu perniagaan, mencari peluang kedua yang membekalkan sedikit harapan bagi menjalani kehidupan kini yang semakin mencabar.. mereka berimpian hebat, bangun sahaja dari tidur sambil menerawang mamai berkhayal tentang kediaman yang gah, kereta yang yang hebat dan perkasa di tengah highway, MAHU disegani kerana kehebatan taraf hidup mewah. perkara ini sentiasa berlanjutan dari hari pertama bernafas sehingga penghujung usia.tetapi ianya terus tersekat hanya disebabkan perasaan TAKUTKAN RISIKO"

SETUJUKAN  anda bahawa kita sedang berhadapan dengan risiko setiap hari, mari lihat contoh yang mudah- anda bekerja sehingga lewat malam yang menjadikan anda letih, jadi anda pasti ingin pulang ke rumah dengan kenderaan anda(proton waja contohnya). adakah anda pasti bahawa anda akan selamat pulang ke destinasi anda? tidak berhadapan dengan kemalangan jiwa yang melibatkan nyawa pengguna jalanraya yang lain? tidak di rompak roadbully yang entah mana datangnya? anda tidak pasti bukan?? jadi, mari kita fikir fikirkan sejenak, kenapa risiko risiko ini tidak kita hiraukan. akan ramaikah manusia yang tertinggal di pejabat hanya kerana memikirkan tentang risiko yang sebegini. mudah saja jawapannya. anda telah diikat dengan mentaliti kebayakan masyarakat yang biasa. "kalau takut risiko memang tak balik rumah ar jawabnya" ini jawapan orang biasa, tetapi kenapa dalam aspek berniaga yang merupakan medium untuk mencapai impian terdapat ramai sekali yang takut tentang risiko, masih menolak kepentingan impian berbanding risiko? pelik bukan, risiko adalah perkara normal, seorang sahabat cuba mendorong kawanya untuk berjaya"jangan khuatir, insyallah boleh berjaya" jawab kawannya yang bementaliti orang biasa?" ini lain, aku takut rugi, bukan senang sebab aku tidak pernah berniaga". masih lagi terus berpegang dengan prinsip yang hanya orang tertentu sahaja boleh berjaya..

mereka berimpian besar tetapi mereka sendiri yan memadamkan impian mereka,
mereka bercita cita besar, tetapi mereka sendiri yang merosakkan cita cita mereka sendiri.
kesimpulannya: manusia hebat menjadikan impian mereka lebih besar dari prasangka risiko mereka.



Saturday, February 20, 2010

KLCC dan setinggan

Okey bapak2,topik kite kali ni nampak simple...~ tetapi besar maknanya.

semua orang mempunyai pendapat tersendiri, mempunyai idea tersendiri serta keputusan tersendiri.. disebabkan oleh faktor tersebut yang menjadikan setiap ciptaan berbeza beza penghasilannya.
pernah suatu hari saya berpandangan jelik tentang seorang insan, maka kawan saya telah menegur saya bahawa setiap manusia berbeza beza, kerana itulah bangunan KLCC dan setinggan tidak sama. maksudnya, terjadi kepelbagaian bentuk dan ciptaan adalah berdasarkan pandangan, corak pemikiran dan juga perhitungan atas risiko dan kesan terhadap sesuatu.ini yang kita gelar unik, HEBAT BUKAN?? untuk renungan bersama, pendapat seseorang kebiasaannya akan menentukan keputusan seseorang, keputusan seseorang merangsang kepada hasil capaiannya juga. betul yang semua perkara memang berbeza tetapi keputusan yang bagaimana menjadikan suatu penghasilan yang terbaik? , memberi impak yang berkesan? jika di beri pilihan tentang memlilih makanan, pasti mahu yang tersedap, isteri?? yang comel dan tercantik, rumah??, mahukan yang selesa dan besar. tetapi sehingga ke hari ini tidak dapat di capai hanya di sebabkan pendapat yang berbeza tanpa panduan.

Oleh yang demikian, kita sedia maklum bahawa, untuk mencapai apa yang kita idamkan, naluri amat penting.. tetapi panduan jauh lebih penting. kita sedia maklum, bahawa, hanya sedikit sahaja bilangan manusia yang berjaya, kaya, jutawan.. kerana apa agaknya? hurm.. pastinya mereka mempunyai pendapat , mereka menilai sesebuah keputusan mengikut landas yang betul kerana untuk mencapai impian besar' terdapat harga yang sangat setimpal, tapi permulaan adalah melalui pandangan.

panduan amatlah penting, kerana walaupun anda mempunyai pendapat yang tersendiri dan berbeza, haruslah mengikut kesesuaian dan logik dan pendapat yang dihasilkan dari bukti orang orang berjaya.

Friday, February 19, 2010

SUKA MENDENGAR CAKAP ORANG

Isu ini sangat sesuai di kupas, kerana masyarakat kita sangat suka, lebih tertarik dan sangat sangat percaya kepada pihak lain berbanding kepercayaan dengan kebolehan diri sendiri.. lebih mudah percaya kepada pihak yang di sahkan gagal, berbanding orang yang dibuktikan berjaya dan sukses,

terdapat sebuah kisah yang saya boleh kongsikan dengan anda bertajuk pengembara yang lemas..

"si pulan sangat suka mengembara dan hampir keserata dunia beliau telah jelajahi.. suatu hari, beliau tiba di sebuah kampung dan terhenti kerana tidak dapat melepasi sebuah takungan air. beliau teragak agak dan memikir samaada mahu terus meredah ataupun mendapatkan alatan sokongan seperti tali atau sebagainya.. akhirnya beliau terperasan terdapat seorang kanak kanak yang sedang bermain berhampiran kawasan takungan tersebut. si pulan pun bertanya kepada kanak kanak tersebut kerana beranggapan yang mereka mungkin berasal dari kampung ini."adik, dalam ke air kolam ni?", kanak kanak tersebut pun menoleh ke arah kolam dan ternampak seekor itik yang sedang berenang di dalam kolam tersebut, maka terpacullah idea berdasarkan pandangan seorang yang tidak paham dimana merasakan kaki itik yang pendek mampu berjalan di dalam air tersebut, kanak kanak itu pun menjawab," tak dalam bang, lalu jer". jadi si pulan pun meredah air takungan tersebut hanya berdasarkan semata mata pandangan seorang kanak kanak yang tidak paham dan tidak tahu, akhirnya beliau lemas serta merta..."

kesimpulannnya di sini ialah, anda tidak BOLEH SAMA SEKALI mendengar pendapat orang lain yang di sahkan gagal dan TIDAK BOLEH mendengar pendapat orang lain yang disahkan TIDAK TAHU.

apa itu KEKAYAAN?

Kebiasaan fahaman melalui keadaan sekitar sejak dari mula pandai bertutur sehingga ke hari ini tentang orang kaya, "orang kaya biasanya SOMBONG, bongkak,SUKA MENINDAS dan sebagainya yang berkaitan dengan dosa n perkara yang tidak baik.
kerana apa agaknya??
.. ikatan pemikiran penjajah yang masih kukuh merantai akal masyarakat walaupun mereka telah pergi berpuluh tahun lamanya, belenggu pengaruh drama dan filem melalui kotak bercahaya tentang kehidupan yang tidak sejajar dengan realiti, tetapi yang uniknya hampir ke-semua manusia yang saya temui secara majoriti terlalu ingin menjadi kaya.

saya telah berkongsi dengan seorang jutawan mengenai istilah KEKAYAAN.
"kata beliau -kekayaan terlalu banyak sudut dan istilah, anda yang berhak tentukan bagaimana, dari sudut kewangan kekayaan tiada batasan, kerana ada pihak mengatakan mempunyai simpanan 100k adalah kaya, 1juta telah kaya hinggakan baru dapat bonus dari majikan pun sudah di gelar kaya.. yang penting, untuk siapa anda salurkan kekayaan tersebut? untuk diri sendiri sahaja? keluarga? atau untuk masyarakat, kerana kekayaan akan tiba pada yang berhak dan sanggup memikulnya"

ramai yang mengenali Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary, bermula dari seorang anak kampung biasa yang cuma berimpian besar, kini menjadi manusia ke-7 terkaya di Malaysia. kekayaan beliau dibayar dengan sebuah kesusahan, dengan sebuah kesanggupan. dan kini beliau mencabar lagi bangsa melayu untuk terus berjaya dan maju .. keihlasan beliau terserlah dengan sumbangan dan bantuan berbentuk kewangan demi masyarakat dan bangsanya sendiri. apa yang kita dapat lihat , seorang yang di panggil KAYA adalah orang yang sanggup untuk memulangkan jasa bakti kepada masyarakat. bezanya adalah sama ada masyarakat itu yang sedar atau tidak tentang kepentingan menghargai peluang yang ada.

FAKTA menunjukkan 90% yang telah mencapai posisi JUTAWAN ini kebanyakannya berasal dari golongan kelas ketiga, dari sebuah keluarga yang tidak seimbang ekonominya, dari yang tidak baik akar umbi pendidikannya. menarik bukan? motivasi mereka adalah menjadikan kesusahan adalah GURU yang terbaik bagi melerai belenggu kesusahan yang merantai hampir keseluruhan generasinya. "lebih baik anda malu untuk terus bersenang lenang dengan kesusahan, daripada malu untuk bersusah payah mencari kesenangan. HEBAT ! nilai jutawan hanya kepada manusia yang SANGGUP untuk menggalasnya, hanya untuk manusia yang mahu menghargainya.


succes doesnt come to u, u go for it.- Tai'CooN