Sunday, March 21, 2010

MENCARI MATLAMAT

"MATLAMAT itu penting" kata seorang usahawan kepada rakannya abu. Dengan hanya mendiamkan diri, abu cuba sebaik mungkin untuk memahami apakah maksud yang ingin disampaikan oleh usahawan tersebut. bukannya apa, niat murni untuk menjaga hati seorang rakan, rakan lama yang telah 5 tahun terpisah, rakan yang dahulunya tidak mungkin untuk berkata tentang perkara yang dianggap tidak masuk akal, perkara yang tidak mungkin akan berlaku..Masakan tidak, xkan pernah terlintas apatah lagi untuk menyinggah di ingatan  tentang perubahan untuk mencapai sesuatu. mencapai suatu perkara yg dianggap mustahil bagi jangkauan manusia bernama ABU. terlalu jauh bagi abu, SEBAB!! ABU tidak pernah berdamping dengan manusia berimpian besar,ABU tidak pernah teringin untuk keluar dari keadaan mentaliti orang biasa."aku bukan dilahirkan dalam golongan saudagar,apa yang aku mampu samaada melakukan kerja kebun dikampung atau yang lebih baik sedikit ialah "MEMILIH UNTUK MENDAPAT PENCEN DARI SESEBUAH BADANKERAJAAN".. jawapan untuk abu adalah, ABU tidak kenal apa yang dimahukannya. tidak kenal apa matlamatnya.



cuba kita fikirkan bersama, kalau anda diberi peluang, mesti peluang yang terbaik betul? jika mahukan hidangan makanan, tentu memilih yang paling enak, isteri?? pastilah yang paling ayu dan membuat semua rakan cemburu. hurm.. tetapi, MATLAMAT hanya tinggal impian. MATLAMAT yang bermula dengan episod hari pertama sehingga menjelang ke-10 tahun yang berikutnya.
JADI!! ubahlah supaya matlamat lebih kuat, kerana matlamat yang hebat akan disusuli dengan tindakan hebat selanjutnya..
bagaimana mencari matlamat??, mudah sahaja. anda mestilah belajar menjadi mad jenin.. tetapi awas, bukan mad jenin biasa seperti yang diklasikkan bertahun lamanya, anda perlu menjadi mad jenin MODEN. mad jenin yang tahu apa yang diingininya.

TIPS mudah---
hari pertama- hari ini anda berangan tahap satu,biarkan matlamat berlalu sahaja,walau cuma terlintas tidak melebihi 5 saat.. ITU SUDAH CUKUP MEMADAI.

hari kedua- BESOK!! berangan tahap dua, memastikan sebuah bayangan tentang matlamat anda, bmw 5series atau 3series, banglo 2 tingkat atau banglo satu tingkat.. perlu pastikan HANYA 1!!

hari ketiga- lusa, pasti lebih kuat.. MENCARI kelebihan matlamat anda, "5 series labih laju kerana engin 2.5l compare saga BLM yang x sampai 2liter pun, pemanduan lebih kemas dan stabil walaupun mencecah 180km/j"

hari keempat- berangan dengan mempertontonkan gaya hebat tentang matlamat anda, pastikan GAYA ANDA !!, duduk di atas sofa dengan gaya tangan seolah olah memutar stereng diiringi senyuman seribu  kepuasan.*lakukan sebelum tidur dan sepuluh minit selepas bangun pagi.

hari kelima- pikirkan apa yang anda akan sumbangkan tanda penghargaan setelah memiliki matlamat tersebut. mahu membawa kedua ibu bapa mengelingi kuala lumpur dengan 5 series anda? melaksanakan kenduri doa selamat 3 hari berturut2 di halaman BANGLO 2 tingkat anda?

pastikan tips ini dilakukan, insyallah.. susulan tindakan seorang usahawan akan MENJADI KENYATAAN.