siapa yang suka risiko?, semua orang kalau diberi pilihan akan menolak risiko, menghindar sebarang risiko.
tetapi, risiko kadangkala menjadikan sebahagian orang lebih kuat, matang dan sangat sangat hebat apabila ianya selari untuk mencapai apa yang anda hajatkan.Ini yang kita sebutkan sebagai matlamat.. betul! biar saya jelaskan, seorang nelayan yang turun ke-laut pasti berhadapan dengan seribu jenis risiko, berkemungkinan lemas di lambung ombak, menjadi santapan ngeri para pemangsa lautan ataupun berpotensi menjadi habuan rompakan kepada lanun yang bermaharajalela tanpa sebarang belas? tiada siapa yang tahu. tetapi, bagaimana impian keluarga di rumah, kerana impin mereka perlu dilunas?mulut mulut ini perlu diberi suap? disebabkan itu, para nelayan akan terus berazam hebat, biar apa yang berlaku, seluruh kuderatnya sedang dituntut, dipulas.. apa yang dapat dilihat adalah menjadikan usaha ke arah impian lebih jelas dan diperlukan berbanding hanya memikir tentang risiko yang tidak membawa kita kemana mana.
"ramai antara kita yang sentiasa mengeluh tentang taraf kewangan mereka, membenci para majikan kerana status BOS yang dianggap tidak masuk akal .. manusia ini dituntut untuk mengubah nasib melalui ruang pintu perniagaan, mencari peluang kedua yang membekalkan sedikit harapan bagi menjalani kehidupan kini yang semakin mencabar.. mereka berimpian hebat, bangun sahaja dari tidur sambil menerawang mamai berkhayal tentang kediaman yang gah, kereta yang yang hebat dan perkasa di tengah highway, MAHU disegani kerana kehebatan taraf hidup mewah. perkara ini sentiasa berlanjutan dari hari pertama bernafas sehingga penghujung usia.tetapi ianya terus tersekat hanya disebabkan perasaan TAKUTKAN RISIKO"
SETUJUKAN anda bahawa kita sedang berhadapan dengan risiko setiap hari, mari lihat contoh yang mudah- anda bekerja sehingga lewat malam yang menjadikan anda letih, jadi anda pasti ingin pulang ke rumah dengan kenderaan anda(proton waja contohnya). adakah anda pasti bahawa anda akan selamat pulang ke destinasi anda? tidak berhadapan dengan kemalangan jiwa yang melibatkan nyawa pengguna jalanraya yang lain? tidak di rompak roadbully yang entah mana datangnya? anda tidak pasti bukan?? jadi, mari kita fikir fikirkan sejenak, kenapa risiko risiko ini tidak kita hiraukan. akan ramaikah manusia yang tertinggal di pejabat hanya kerana memikirkan tentang risiko yang sebegini. mudah saja jawapannya. anda telah diikat dengan mentaliti kebayakan masyarakat yang biasa. "kalau takut risiko memang tak balik rumah ar jawabnya" ini jawapan orang biasa, tetapi kenapa dalam aspek berniaga yang merupakan medium untuk mencapai impian terdapat ramai sekali yang takut tentang risiko, masih menolak kepentingan impian berbanding risiko? pelik bukan, risiko adalah perkara normal, seorang sahabat cuba mendorong kawanya untuk berjaya"jangan khuatir, insyallah boleh berjaya" jawab kawannya yang bementaliti orang biasa?" ini lain, aku takut rugi, bukan senang sebab aku tidak pernah berniaga". masih lagi terus berpegang dengan prinsip yang hanya orang tertentu sahaja boleh berjaya..
mereka berimpian besar tetapi mereka sendiri yan memadamkan impian mereka,
mereka bercita cita besar, tetapi mereka sendiri yang merosakkan cita cita mereka sendiri.
kesimpulannya: manusia hebat menjadikan impian mereka lebih besar dari prasangka risiko mereka.

