Nukilan untuk Tai'CooN
1) Masyarakat kelas pertengahan di M'sia (Pendapatan antara RM 2500 hingga RM 5500) kebanyakannya berpendapat bahawa jalan terbaik untuk berdepan dgn suasana ekonomi yg tak menentu ialah dgn mengurangkan belanja. Mereka akan bersusah payah cuba utk hidup dalam keadaan sangat sederhana, bermula dgn memotong mana-mana perbelanjaan yg dianggap berlebihan seperti peruntukan bersosial di hujung minggu bersama anak-anak, membawa bekalan makanan yg dimasak dari rumah ke pejabat, malah ada yg sanggup memberhentikan bayaran ansuran bulanan insuran mereka.
2) Masyarakat ini berpendapat, bahawa dengan hidup serba sederhana (hakikatnya mereka telah menyiksa diri sendiri) mereka akan mampu menangani gelombang inflasi yg sedang marak melanda M'sia. Untuk kekal berstatus 'Pekerja Permanent', agar dipandang sebagai 'hero' di kalangan keluarga, mereka lebih rela duduk di bawah organisasi yg tak pernah adil terhadap sumbangan golongan ini tadi. Kebanyakan dari org kita, majoritinya masih ramai yg terdiri dalam kelompok ini.
3) Tanggungjawab kita pada hari ini adalah, memberi maklumat yg tepat tentang keadaan kewangan semasa, perbelanjaan yg tertib, serta usaha yg bijak untuk mencari pendapatan tambahan bagi membimbing diri sendiri untuk keluar dari kepompong hidup selesa dan rutin. Diri kita hendaklah dilengkapi dgn maklumat yg cukup tentang persekitaran kewangan yg nyata di luar sana, hakikat tentang kadar inflasi yg menyusutkan nilai wang kita. Setelah kita faham dgn keadaan sebenar, kita akan terdorong untuk mencari jalan alternatif dalam menambah pendapatan fiskal kita.
4) usaha ini perlulah berterusan, mencari jalan terbaik untuk menambah pendapatan fiskal kita. Bagaimana ini boleh berlaku sekiranya kita masih bekerja 'makan gaji'? Jawapannya, kita perlu bersedia untuk menerima dan membuka minda kita terhadap apa-apa jua bentuk perniagaan yg memberi pulangan yg realistik dan profit margin yg sangat tinggi. Keterbukaan terhadap pelbagai bentuk perniagaan adalah sangat penting, dan disini ia memerlukan kegigihan luar biasa utk mengubah minda pekerja kepada minda jutawan.
Sekian. Kita jumpa lagi insya Allah
Nizar

No comments:
Post a Comment