Friday, February 19, 2010

apa itu KEKAYAAN?

Kebiasaan fahaman melalui keadaan sekitar sejak dari mula pandai bertutur sehingga ke hari ini tentang orang kaya, "orang kaya biasanya SOMBONG, bongkak,SUKA MENINDAS dan sebagainya yang berkaitan dengan dosa n perkara yang tidak baik.
kerana apa agaknya??
.. ikatan pemikiran penjajah yang masih kukuh merantai akal masyarakat walaupun mereka telah pergi berpuluh tahun lamanya, belenggu pengaruh drama dan filem melalui kotak bercahaya tentang kehidupan yang tidak sejajar dengan realiti, tetapi yang uniknya hampir ke-semua manusia yang saya temui secara majoriti terlalu ingin menjadi kaya.

saya telah berkongsi dengan seorang jutawan mengenai istilah KEKAYAAN.
"kata beliau -kekayaan terlalu banyak sudut dan istilah, anda yang berhak tentukan bagaimana, dari sudut kewangan kekayaan tiada batasan, kerana ada pihak mengatakan mempunyai simpanan 100k adalah kaya, 1juta telah kaya hinggakan baru dapat bonus dari majikan pun sudah di gelar kaya.. yang penting, untuk siapa anda salurkan kekayaan tersebut? untuk diri sendiri sahaja? keluarga? atau untuk masyarakat, kerana kekayaan akan tiba pada yang berhak dan sanggup memikulnya"

ramai yang mengenali Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary, bermula dari seorang anak kampung biasa yang cuma berimpian besar, kini menjadi manusia ke-7 terkaya di Malaysia. kekayaan beliau dibayar dengan sebuah kesusahan, dengan sebuah kesanggupan. dan kini beliau mencabar lagi bangsa melayu untuk terus berjaya dan maju .. keihlasan beliau terserlah dengan sumbangan dan bantuan berbentuk kewangan demi masyarakat dan bangsanya sendiri. apa yang kita dapat lihat , seorang yang di panggil KAYA adalah orang yang sanggup untuk memulangkan jasa bakti kepada masyarakat. bezanya adalah sama ada masyarakat itu yang sedar atau tidak tentang kepentingan menghargai peluang yang ada.

FAKTA menunjukkan 90% yang telah mencapai posisi JUTAWAN ini kebanyakannya berasal dari golongan kelas ketiga, dari sebuah keluarga yang tidak seimbang ekonominya, dari yang tidak baik akar umbi pendidikannya. menarik bukan? motivasi mereka adalah menjadikan kesusahan adalah GURU yang terbaik bagi melerai belenggu kesusahan yang merantai hampir keseluruhan generasinya. "lebih baik anda malu untuk terus bersenang lenang dengan kesusahan, daripada malu untuk bersusah payah mencari kesenangan. HEBAT ! nilai jutawan hanya kepada manusia yang SANGGUP untuk menggalasnya, hanya untuk manusia yang mahu menghargainya.


succes doesnt come to u, u go for it.- Tai'CooN

No comments:

Post a Comment