terdapat sebuah kisah yang saya boleh kongsikan dengan anda bertajuk pengembara yang lemas..
"si pulan sangat suka mengembara dan hampir keserata dunia beliau telah jelajahi.. suatu hari, beliau tiba di sebuah kampung dan terhenti kerana tidak dapat melepasi sebuah takungan air. beliau teragak agak dan memikir samaada mahu terus meredah ataupun mendapatkan alatan sokongan seperti tali atau sebagainya.. akhirnya beliau terperasan terdapat seorang kanak kanak yang sedang bermain berhampiran kawasan takungan tersebut. si pulan pun bertanya kepada kanak kanak tersebut kerana beranggapan yang mereka mungkin berasal dari kampung ini."adik, dalam ke air kolam ni?", kanak kanak tersebut pun menoleh ke arah kolam dan ternampak seekor itik yang sedang berenang di dalam kolam tersebut, maka terpacullah idea berdasarkan pandangan seorang yang tidak paham dimana merasakan kaki itik yang pendek mampu berjalan di dalam air tersebut, kanak kanak itu pun menjawab," tak dalam bang, lalu jer". jadi si pulan pun meredah air takungan tersebut hanya berdasarkan semata mata pandangan seorang kanak kanak yang tidak paham dan tidak tahu, akhirnya beliau lemas serta merta..."
kesimpulannnya di sini ialah, anda tidak BOLEH SAMA SEKALI mendengar pendapat orang lain yang di sahkan gagal dan TIDAK BOLEH mendengar pendapat orang lain yang disahkan TIDAK TAHU.

No comments:
Post a Comment